Monday, 8 July 2013

Kumpulan kraftangan Terendak Igan


Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, Igan tu di planet mana ya? ^_^

Ok, Igan merupakan sebuah kampung / daerah kecil di bahagian wilayah tengah Sarawak. Jika anda berpeluang menjejak kan kaki ke bandar Mukah, di mana Mukah merupakan bandar terdekat dari Igan, anda akan berpeluang untuk melihat 'terendak gergasi'.

Wowww, Terendak Gergasi???

Terdapat beberapa binaan di bandar Mukah yang menggunakan terendak di Puncak bangunan utama. Antara nya ialah bangunan Menara Pehin Setia Raja Mukah, Masjid Setia Raja serta beberapa bangunan lain. Terendak kini merupakan identiti unik bagi etnik Melanau di Sarawak.





 ********************************

Kami, merupakan antara kumpulan kraftangan yang sehingga kini masih aktif menjalankan aktiviti membuat kraftangan terendak iaitu kumpulan Kraftangan Terendak dari Kampung Igan. Kumpulan kami telah berdaftar dengan Persatuan Kraftangan Malaysia sejak tahun 2009. Kumpulan ini di ketuai oleh saya sendiri, iaitu Puan Salmiah Salem. Kami berpengalaman selama 30 tahun dalam pembuatan terendak.


Alhamdulillah, sibuk dengan tempahan terendak tidak menjadi penghalang kepada kami untuk belajar ilmu ICT. Sehingga, tertubuhnya blog ini. 

Diharapkan dengan kewujudan blog ini, pasaran kraftangan terendak akan lebih meluas. In sha Allah, blog ini akan di update dari masa ke semasa. Saiz, bentuk, dan harga kami akan update seterusnya.

Namun begitu, bagi sebarang pertanyaan / tempahan, boleh di emailkan ke: terendakigan@gmail.com.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment