Saturday, 6 July 2013

Apa itu Terendak?


Assalamualaikum...

Terendak merupakan suatu identiti etnik Melanau, iaitu salah satu kaum di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang. 

Terendak adalah sejenis topi atau penutup kepala berbentuk kon dan biasanya dibuat daripada daun nipah, daun rumbia, buluh atau rotan. Bahagian bingkai terendak pula dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaanya. Masyarakat dahulu memakainya sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Kini, terendak dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang berikutan dari rupa bentuknya yang menarik dan penggunaan warna yang ceria.


Terendak kini yang kebiasaanya dijadikan hiasan dinding.


No comments:

Post a Comment