Thursday, 18 July 2013

Lagi, cara pemakaian terendak


Assalamualaikum...

Selain dijadikan hiasan, terendak juga kebiasaanya digunakan sebagi penutup kepala. Cantik bukan?


Sumber gambar: google

Sebarang tempahan, emailkan ke: terendakigan@gmail.com

Friday, 12 July 2013

Terendak sebagai hiasan dinding


Assalamualaikum..

Pada masa kini, terendak kebiasaannya digunakan sebagai hiasan dinding di rumah, pejabat mahupun restoran. Di bawah antara bebarapa contoh terendak di gunakan sebagai hiasan dinding. In sha Allah, mampu menmabah seri rumah-rumah anda.. ^_^







Cantik bukan?

Untuk tempahan, sila emailkan ke terendakigan@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, 9 July 2013

Pembuatan Terendak


Assalamualaikum...

Video cara-cara pembuatan terendak sempena Anugerah Transformasi U-Pustaka. Kami buat kenangan, biar pun tak menang.. ^_^ Selamat menonton..


Monday, 8 July 2013

Kumpulan kraftangan Terendak Igan


Assalamualaikum...

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, Igan tu di planet mana ya? ^_^

Ok, Igan merupakan sebuah kampung / daerah kecil di bahagian wilayah tengah Sarawak. Jika anda berpeluang menjejak kan kaki ke bandar Mukah, di mana Mukah merupakan bandar terdekat dari Igan, anda akan berpeluang untuk melihat 'terendak gergasi'.

Wowww, Terendak Gergasi???

Terdapat beberapa binaan di bandar Mukah yang menggunakan terendak di Puncak bangunan utama. Antara nya ialah bangunan Menara Pehin Setia Raja Mukah, Masjid Setia Raja serta beberapa bangunan lain. Terendak kini merupakan identiti unik bagi etnik Melanau di Sarawak.





 ********************************

Kami, merupakan antara kumpulan kraftangan yang sehingga kini masih aktif menjalankan aktiviti membuat kraftangan terendak iaitu kumpulan Kraftangan Terendak dari Kampung Igan. Kumpulan kami telah berdaftar dengan Persatuan Kraftangan Malaysia sejak tahun 2009. Kumpulan ini di ketuai oleh saya sendiri, iaitu Puan Salmiah Salem. Kami berpengalaman selama 30 tahun dalam pembuatan terendak.


Alhamdulillah, sibuk dengan tempahan terendak tidak menjadi penghalang kepada kami untuk belajar ilmu ICT. Sehingga, tertubuhnya blog ini. 

Diharapkan dengan kewujudan blog ini, pasaran kraftangan terendak akan lebih meluas. In sha Allah, blog ini akan di update dari masa ke semasa. Saiz, bentuk, dan harga kami akan update seterusnya.

Namun begitu, bagi sebarang pertanyaan / tempahan, boleh di emailkan ke: terendakigan@gmail.com.

Terima kasih.


Saturday, 6 July 2013

Apa itu Terendak?


Assalamualaikum...

Terendak merupakan suatu identiti etnik Melanau, iaitu salah satu kaum di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang. 

Terendak adalah sejenis topi atau penutup kepala berbentuk kon dan biasanya dibuat daripada daun nipah, daun rumbia, buluh atau rotan. Bahagian bingkai terendak pula dianyam dengan batang buluh yang diraut nipis, sehingga menutup keseluruhan permukaanya. Masyarakat dahulu memakainya sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Kini, terendak dijadikan perhiasan dinding dalam rumah, hotel, restoran dan lapangan terbang berikutan dari rupa bentuknya yang menarik dan penggunaan warna yang ceria.


Terendak kini yang kebiasaanya dijadikan hiasan dinding.